Aku nak kongsi kisahku semoga menjadi tauladan buat Lady driver diluar sana. Saat ni aku cuma merasa bersyukur yang aku masih lagi bisa bernafas, dapat berpeluang melakukan ibadah. Memohon ampun sesama hamba dan pada pencipta.
Aku ingin sentiasa ingat kisah ini agar dimasa hadapan aku lebih hati hati.
Malam selasa yg lalu aku dari Johor ke Seremban, aku terima phone called dr kg mengatakan Mok iaitu nenek aku jatuh. Oleh kerana keadaan dia stabil. Aku berehat di Seremban semalaman dan merehatkan badan aku yg letih sesangat.
Di Seremban , ada urusan yg aku harus bereskan. Jadi aku plan utk bertolak ke Kelantan pada petang dan akan transit di Benta. Aku nak berehat dan tidur di Benta so keesokkan hari baru aku akn brgerak ke Kelantan. Aku nak kembalikan tenaga dan mood sebab bosan jugak long distance driving ni.
Aku bertolak ke Benta dari Seremban jam 5.30 pm. Aku budget sampai di Benta Sebelum Maghrib. Dan bermula lah kisah ku yang memberi seribu pengalamn yg sgt berharga.
Aku biasa lalu di Tol Gombak tp, hanya sebab aku tersalah masuk lorong, aku masuk ke Pekan Gombak yg super busy. Bila aku patah balik ke Tol dah nak jam 7 petang. Aku mengutuk diri aku.
Perjalanan diteruskan hingga sampai pekan Raub, sudah jam 8.30 malam. Aku follow Sign Board Gua Musang dan Kota Bharu. Kebetulan dihadapan aku ada lori minyak. Aku just follow and belum ada ruang utk aku memotong.
Aku kira dekat sejam , aku follow lori minyak itu hinggalah aku dapat potong. 5 minit berlalu . Lori minyak dah jauh aku tinggalkan dan dikiri kanan aku cuma jalan yang sangat sunyi, tiada penduduk. Aku mulai cemas, sister aku plak seorang yang pendiam. Tanya dan jawab sepatah.
Terlalu sunyi, radio tiada reception, Line telefon pun sama. Kemudian, aku nampak papan tanda Felda Tersang. Ya Ampun, ini jalan alternative. Jalan ni kalau patah balik sama jauh dengan tempat aku nak pergi. Jadi aku kena teruskan jugak perjalanan.
Di tengah tengah jalan tertiba keluar 4 bijik motor dari dalam semak. Motor motor macam nak merempit , bersusun diatas jalan raya. Aku nak horn nanti akan buat mereka marah, aku cuma berdoa sampai mereka dah makin maju ke depan dan bila ada ruang utk aku terus potong dgn berani aku terus potong,aku drive kereta dgn laju, takut kalau mereka kejar.
Perasaan takut makin menghantui. Seperti tiada cahaya lagi yang aku boleh lihat hanya gelap.
saat itu, kalau minyak tiada, atau kereta buat hal. Aku mmg tak tahu nak cakap apa.
Adik aku pernah cerita, jalan ni memang berbahaya. kereta kena hijack, kena rompak. Mulut aku tak berhenti henti baca ayatul kursi
Rasa cemas aku berkurang, akhirnya aku sampai Felda Sg Koyan. Aku berhenti utk tanya direction dan beli sedikit makanan.
Pemilik kedai itu seorang wanita, dia beritahu bahawa Benta masih jauh dan jarak dalam satu jam lagi. Aku kecewa , marah, geram dengan diri aku. Kenapa aku boleh buat silap yg bodoh macam ni.
" Awok, kena hati hati. Kat depan tu byk simpang. Jgn lewat sgt. Takut gok kedai tutp, tak der keta. lagipun kat sana tu ada ORANG KENA BUNUH".. cerita wanita.
"Bila?" aku makin panik.
Wanita itu terdiam, " Ermmm lama dah , tak pe la Jgn risau . kalau ada orang tahan ke ape ape ke. Awak jangan berenti.
Aku meneruskan perjalananku. ternyata aku melalui jalan kelapa sawit. Aku lihat sign board ke Benta masih 40 km. Utk sampai ke jalan besar dalam 20 Km. Jalan sempit dan berliku liku. gelap dan hutan tebal. Aku hanya tawakal . kalau ditakdir aku mati disini , aku redha.
Melewati jalan yang gelap, hutan dan sebagai perempuan aku cemas , takut, sedih dan segala perasaan yg tidak enak menghantui.
Akhirnya aku dapat lihat dari jauh cahaya lampu jalan. Aku makin lega cuma jalan berselekoh. Aku lihat simpang ke Bandar Kuala Lipis, aku jalan terus cuma waktu disimpang, ada kereta dari arah hadapan dan saat aku perlahan kan keretaku mungkin trlalu perlahan. Aku dengar bunyi Bannnmmm dari arah belakang. kepanikkan , ketakutan ku menjadi terlalu extreme. Aku berhenti kereta ditepi dan meluru kearah kereta yg melanggar aku.
Seorang lelaki muda, dia langsung tidak marah malah suruh aku cool. Masa tu aku terkeluar kata kat " Maaf, maaf " Tak pe akak bayar ganti rugi". Rupa rupa nya aku kena makan hidup hidup.
Lepas aku dah calm, aku called brother aku , dia kata aku tak salah dan suruh buat report.
Ada 1 kereta berhenti, nak menyibuk and sebuah motor dtg kearah aku. semua lelaki. Aku rasa, biar aku settle dan tinggalkan tempat itu dgn segera.
Malam itu menjadi pengalaman yg mahal buat aku. selama ini aku tidak pernah mengalami sebarang accident jd , dimasa hadapan aku dah tau bagaimana nak handle situasi.
Benarlah sesuat itu ada hikmahnya. Aku menjadi lebih berani dan jgn panic, lebih aware undang undang jalan. Aku mungkin kurang pengalaman kerana selama ini, aku jarang drive. Cuma sejak balik dr saudi 7 bulan ini sahaja aku betul betul on the road.
Buat Lady driver diluar sana. My Advised
- Jgn drive for long distance watu malam, apa yg kita rancang mungkin sebaliknya berlaku.
- Kalau tak pasti dgn jalan, patah balik jgn buat mcm sy.
- Kalau berlaku accident, jgn keluar dr kereta. Taki kira apa pun. Catit no kereta yang terbabit. And go straight to police station.
- kalau U ada sense not right, just dont continue.
Semoga Memberi manfaat utk semua.
Traveller's Tales
When someone hurts us, we should write it down in sand so that the wind can forgive by blowing it away. But, when someone does something nice for us, we should engrave it in the stone. Where no wind can ever blow it away.
Thursday, February 2, 2012
Saturday, January 14, 2012
si wanita cerewet
- Kisah berlaku di Jepun, Ada seorang Lelaki yang bernama Odu mempunyai seorang isteri yang sangat cantik jelita. Keburukkan Isterinya adalah dia sgt kuat berleter, cerewet dan kurang disenangi oleh jiran jiran kerana isterinya suka mengumpat dan brcakap dgn kuat.
Namun Odu sangat sayang pada Isterinya walau sifat buruknya itu sangat menjengkelkan. Jiran Jiran Odu menghasut Odu supaya meninggalkan Isterinya, lama kelamaan Odu termakan dgn kata kata jiran jirannya.
Odu merancang untul menghapuskan isterinya. Lalu Dia mengajak isterinya ke hujung kampung. Disana ada sebuah perigi lama yg tidak digunakan. Saat mereka lalu diperigi itu, Odu menolak isterinya ke Dalam Perigi dan terus meninggalkan perigi itu.
Seminit kemudian, Odu merasa kehilangan. 5 minute kemudian Odu terasa sangat sangat kehilangan . lantas Odu kembali ke perigi.
Sampai disitu ada seekor lembaga yang besar dan berbulu . Odu bertanya siapakah dia. Dia menjawab " Akulah penjaga Perigi ini". Dibawah sana ada Manusia, aku tak boleh tahan sebab dia kuat bercakap dan sgt sgt cerewet
Tuesday, November 22, 2011
Homestay Suria Kota Bharu
Pada hari pembukaan Sea Games yg baru lalu, kami berada di Kelantan. Melawat kubur bonda tercinta dan mengubat rindu dendam Mok kepada kampungnya yang terletak dalam daerah Pasir Putih. Kampung aruah berjarak 30 km dari kota bharu dan 5 Km dari Pasir Putih. Di kampung, kami melepak rumah Cousin kami rumah Kak Da atau pun rumah Mek , kakak Aruah mummy. Rumah
Mok terlalu uzur utk ditempati.
Oleh kerana aku jarang hang out kat bandar Kota Bharu, adik aku Lia and Bro In law decided nak cari homestay sekitar Kota Bharu.
Kat Bandar Kota Bharu, berselerak homestay. di tepi tepi jalan ada papan tanda dengan no telefon. Cari punya cari, aku called 10 homestays dan compare harga. At last aku decide utk sewa Suria Homestay lepas kwatim harga dengan Owner nya Encik Zuki jadi aku kira setuju.
Ini first time nak sewa Homestay memandangkn kami big family. Jadi harga yg Encik Zuki bg memang berbaloi baloi.
Homestay Suria, terletak di Kubang Kerian berdekatan dengan sekolah. Suasana kampung di pinggir bandar. Kalau ke Kota Bharu cuma 3 km. Rumahnya sebuah banglo yang mempunyai 4 bilik yang luas, kemas, selesa dan terasa begitu nyaman. Anak anak berlari lari didalm banglo setingkat itu. Ada dapur, dining hall dan Washing machine. Kira kira saya sangat puas hati.
Mencari sesuatu kelainan , homestay suria adalah pilhan terbaik terasa seperti dirumah.
Kami cuma menginap semalaman menuju next destinasi Alor Star Kedah.
Sebelum berangkat, kami menikmati sarapan pg selera kelantan. Nasi berlauk dan nasi kerabu. Harga sebungkus Rm 2.5. Ada nasi dan pilihan lauk ayam atau daging. Sangat sedap.
Insya Allah kalau kami ke Kelantan lagi , pilihan untuk menginap pastinya SURIA HOMESTAY.
MANY THANKS TO ENCIK ZUKI DAN ENCIK MAT FOR YOUR WARM HOSPITALITY
Untuk menginap di Suria Homestay 0193586853.
Untuk menginap di Suria Homestay 0193586853.
Monday, November 21, 2011
Ashiteru

Pertama kali Nora berada di hadapkan ke Mahkamah Syariah, kes dibaca dihadapan orang dan dia menangis. Hakim bertanya pada Suami Nora " adakah kamu mahu bercerai, dan dia dgn tegas dan santai menjawab iya. " Apabila soalan yang sama diaju pada Nora, dia menangis dan menangis. Hakim mengetuk dan kes di tunda ke sebulan kemudian. Keluar dari Mahkamah, wajah suaminya garang seperti singa lapar yg mahu menerkam. Yang menemani Nora dan suami cuma Ibu Bapa mertua. Nora tidak ditemani oleh sesiapa dari keluarganya. Nora tidak mahu hati keluarganya terluka dan sedih dgn kelakuan Suami.
Ting..Lif terbuka dan mereka masuk ke dalam. Suami menekan G. Mulutnya membebel memarahi Nora. " You, memang sengaja nak delay delay kan. " You tahu I ni busy man. Nora hanya menangis teresak esak. " You jgn main sandiwara kat sini".
Di dalam kereta , Nora memohon simpati dari Ibu mertuanya. " Ibu saya tidak mahu bercerai."
'Saya tahu saya salah". Nora mengakui bahawa dia juga bersalah tapi dia tidak menyangka bahawa segalanya membawa pengakhiran yg memilukan.
Cercaan yg sangat mengguris hati. Dituduh sebagai ratu sandiwara, menangih simpati dgn airmata, materialistik. Itulah hinaan yg dia tidak boleh terima sampai bila bila pun. Dia tak pernah meminta sesen duit gaji suaminya, dia berkorban dirinya dan perasaan utk bekerja ke keluar negara bg menolong suami yg menyambung belajar. Memang banyak kesilapan yg berlaku tapi jika suami nya melayan dia dgn adil dan baik mungkin Nora adalah isteri terbaik didunia.
Nora dibawa ke Stesen Teksi, Nora diturun disitu. Nora melihat suaminya. Tidak ada sebarang riak sedih utk melihat Nora pergi. Layanan yg diberi tidak ubah seperti anjing kurap.
sebulan kemudian, Nora kembali ke Mahkamah syariah Terengganu. Bersendirian. Pengawai Mahkawah membawa Nora Ke bilik yg lebih privacy tidak seperti kes yg pertama dihadapkan dihadapan orang ramai. Nora menunggu Suaminya dibilik yg mempunyai 3 meja. 2 meja utk pasangan dan satu meja untuk hakim.
Tak berapa lama Kes bersidang dan hanya 3 orang dibilik itu, Nora, suami dan Tuan hakim. Nora hanya diam. Suaminya mencerita segala keburukan Nora dan Nora hanya diam. Dia terlalu benci utk ikut campur. Dia benci kerana haknya dinafikan. Dia benci dgn hakim yg berat sebelah. Apa yg dia tahu dia benci dengan segala galanya. Hatinya sudah dilatih utk menjadi keras dan tidak menangis. Talak dijtuhkan. Nora bertanya pada Tuan hakim
" sudah selesai", Hakim menganguk. Nora bangun dan terus keluar tanpa menoleh pada bekas suami. Itu lah kali terakhir dia melihat Lelaki yg dia terlalu cintai, yg dia korbankan jiwa raganya utk kesenangan lelaki itu. Yang dia lihat lelaki itu hanya manusia sombong yang asing.
" Aku seperti anjing kurap", Ketika aku cantik dan sihat , aku dilayan dgn penuh kasih sayang tapi bila aku tak diperlukan, aku hanya seekor anjing kurap.
Biar aku seekor anjing kurap tapi aku akan kuat untuk hidupku.
Nora melalui hari hari yg sangat sedih, Bertahun tahun Nora cuba merawat kelukaannya. Kekecewaan yang sgt menyakitkan. Pernah menangis setiap hari selama 365 hari. Nora seakan tidak percaya dia berjaya melupakan kisah sedih itu. Dia berjaya menutup lembaran hidupnya, menerima segalanya selepas bertahun tahun. Menerima takdirnya dengan penuh redha. Merasa betapa manisnya kegagalan itu, belajar mencari salah silapnya dan berubah dengan lebih baik. Itu antara hikmah terindah untuk Nora.
Bertahun tahun dia tidak mempunyai sebarang hubungan serius. Pernah menyukai tetapi hanya suka. Dan utk kesekian kalinya, hati nya menyukai seseorang dgn sgt serius. Ashiteru. Tapi, rasanya ashiteru dtg utk sementara utk buat dia gembira buat seketika. Kerana Ashiteru tidak serius.................
Cinta datang kepada yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan,
kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
Tuesday, November 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)